Dimaklumkan PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahankan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Himpunan Rakyat Pertahankan Kedaulatan Islam |
Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:
- Tarikh : 04 Mei 2019 (Sabtu)
- Masa : 1:00 tengahari hingga 4:00 Petang
- Tempat : Masjid Jamek Kuala Lumpur dan dihadapan Sogo, Jalan Tar, KL
- Bantahan Ancaman terhadap Kedaulatan Islam di Malaysia
- Isu Rome Statute
- Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib
- Bahasa – UEC & PPSMI
- Desakan ‘Pecat’ Peguam Negara
- Isu-isu berkaitan penderitaan rakyat
- Isu-isu berkaitan
- Pimpinan Gerakan NGO Utama Malaysia
- Pimpinan Parti-parti Politik Melayu / Islam
- Pimpinan Gerakan Mahasiswa dan Belia
- Pimpinan Masyarakat Madani
- Anggota Masyarakat Cakna Pelbagai Kaum
- Seluruh Rakyat Pelbagai Kaum
- Solat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
- Bergerak ke SOGO
- Ucapan Pimpinan NGO dan Parti Politik
- Deklarasi Rakyat 5) Bersurai
Justeru itu semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri/WP, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri himpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksimum mungkin para penyokong PAS ke program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.
Sila dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa.
Islam Memimpin
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP.
Setiausaha Agung
30 April 2019
Sumber dari :
Harakahdaily.net
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP.
Setiausaha Agung
30 April 2019
Sumber dari :
Harakahdaily.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan